Monday, June 4, 2012

kepada bf anak aku . hoho










Kepada Bf anak aku,

Peraturan 1:

Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar.. Sebab ko takkan ambik apa-apa atau sesiapa.


Peraturan 2:

Jangan ko pegang-pegang anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku.. Aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..


Peraturan 3:

Biasalah, kalau ko nak berkenalan lebih baik dengan aku ni sebagai calon bapak mertua ko.. Ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmau dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak bualkan : Bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”


Peraturan 4:

Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej / universiti ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut.. Aku takde hal ngan kelebihan ko tu.. Selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko.

Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai-pandai cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.


Peraturan 5:

Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar.

Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong ler wat apa yang patut, cam basuh kereta aku atau cat pagar rumah aku ni.


Peraturan 6:

Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy-spy aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka.

Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main-main dengan aku.


Peraturan 7:

Ko patut takut ngan aku ni.. Kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat lagi peristiwa Bukit Kepong. Sampai sekarang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman , aku nak tembak.. Aku ingatkan komunis.

Nanti dah habis dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua-dua tangan ko tinggi-tinggi. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.


Yang ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.





haha , dapat mende ni dpada blog Kak Emeliena :) terbaik laa mende ni . hoho

2 corat coret anda :D:

emeliena said...

Perghh ! Terbaiklah, macam ni lah sikap yang nak dipuji. Bila copy entri, ada kredit section. Thanks lalink ;]

LoveLicious ! said...

haha xD welcome sis ^^

Post a Comment

awak comment , saya sayaaaaaang awak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...