Sunday, July 28, 2013

jangan tidur masa tengahari !




huuukaaai :) kemain lama lagi aku tak update . berhabukk dah blog nii . haha . k fineee . celah mana pulak datangnya habuk sawang semua . over :P

life kat matriks ? undefined . hahaha . ada bestnya , ada boringnya . sebulan kauuuu tak dapat balik rumah . selalu berbuka dengan family , macamana tiap kali nak sahur tuu kemain penat mak aku kejut suruh bangun . nak suruh minum air seteguk pun macam kena suruh lari padang patplohh kali -.- tah hape hape . haha .

biasanya , pagi2 kat sini , aku bangun pukul 5.15, 5.30 gituu la . malas nak berebut toilet katernye . dia punya lama nak tunggu tuu kadang2 kau boleh tidur lagi 15 20 minit lagi pun diorang tak keluar toilet lagi -.- dahh tu , dalam kuliah kemain mengantuk sampai termimpi mimpi okai . haha . tahu tahu je kuliah dah habis . bijakk bijakk . macam takde function aku datang kuliah kan . ye paham . hahaha . 

so , nak jadi cerita , habis je kuliah pukul 12 , kitorang break dalam 2 jam before kelas start balik . kegemaran aku time bulan puasa ni ialah cepat cepat balik bilik untuk tidur . padahal roommates lain masuk bilik terus selak buku . sungguh tak semenggah perangai aku . haha . borak punya borak dengan ayah , siap jerit cakap selamat hari raya lagi before end call . haha . so , 2 3 minit gitu , aku pun selamat hanyut . budak2 ni borak semua aku tak sedar . blok aku paling dekat dengan dewan kuliah . turun2 tangga , lintas jalan terus msuk DK . bahagia sangatt . haha . biasanya tengahari gituu , kau mesti akan jumpa muka muka baru yg tak pernah wujud dalam blok kau sebelum ni . k suka hati dorang la . abaikan . haha .

aku tersedar pun sbb roommate aku kejut , sbb dah pukul 1.40 . k 1.40 . 20minit lagi nak siap siap . aku bangun , terus capai fon and letak atas meja belajar kawan aku . aku nampak ada orang masuk toilet . ehh , aku pun joinn masuk toilet . nampak diorang basuh muka . aku pun basuh muka . nampak diorang keluar , baru tringat tak ambik wuduk lagi . hahaha . cepat cepat ambik wuduk , terus masuk bilik . baru aku perasan aku letak fon aku kat meja orang lain . then pergi tanya kenapa fon aku ada kat situ . k , masalah mamai , takpe , abaikan lagi . haha

aku bentang sejadah , terus pakai telekung . then baru perasan aku tak basuh kaki lagi . haha . kemain menyelinap masuk toilet basuh kaki sbb dah dekat 1.45. satu hape pun tak betul . haha . habis solat , roommates semua dah bla masuk dewan kuliah . aku dengan tak susun buku lagi , stokin tah kemana mana , bedak pun capuk2 , tinjau tinjau luar , rupanya hujan lebat . patutlaaaaa lena smacam tidur kann . haha . tgok jam , tggal 2 3 minit lagi bfore pkul 2 . oh oh ohhhhhhh , tidakkkk !

kemain laju turun tangga then ingat nak berlagak laa baru beli payung baru . boleh show off sikit hujan hujan mcm tu kann . niat tak elok . memang straight Allah balas laa . sob sob . tengah melintas jalan tuu , payung orang lain semua okai . sampai kat aku , tah dari mana angin datang , macam nak tercabut payung aku jadinya . patut menguncup ke bawah , ni , menguncup ke atas . free kena gelak dengan budak2 yg lalu lalang . kurang asam . 

aku pun cepat cepat naik tangga ikut pintu belakang masuk dewan kuliah . DK aku kalau tak DK 1 , Dk 2 . dua dua tuu sebelah menyebelah . aku dah set dah dalam otak , kuliah Biology kat DK 1 ! DK 1 ! sebab dah lambat sangat , aku main tinjau je dari cermin kat pintu tuu , mana yg ada keluar tulisan Biology kat screen tuu , maknanya kelas aku laa tu . haha . tinjau2 dua tiga kali , nmpk je Biology , terus masuk and dduk kat belakang sekali . rasa mcm nk humban je payung aku tuu , memalukan . tapi mcm tak bersyukur pulak kan . k simpan simpan . haha . 

aku perasan laa lecturer aku yg mengajar tuu orang lain . aku ingatkan lect aku ada emergency ke apa , sbb tu tukar dengan orang lain . before ni , kalau lect aku tuu takde , orang yg gantikn dia ialah lect kat depan aku time tu . so , aku pun buat mcm , takde apa pun jadi . haha . aku carik jugak member aku kat dalam tuu . tapi sbb ramai sangat kan , mana laaa nak perasan pun . dekat 20 mnit belajar , tiba2 attendance smpai kat tgan aku . cek2 attendance , apesal lain mcm je attendance kali ni . tak mcm biasa . so , aku check nama kelas tuu . kuliah aku S1A . and yg tertulis kat attendace itu ialah S3A . ambik kau . tetiba feeling cm cerita indon yang makin lama makin fokus kat muka tuu kan . hahaha .

cepat2 aku pandang dewan kuliah tuu . ehh , betulke aku salah masuk kelas ni ? hahaha . then tanya budak kat sebelah , kitorang ada kat DK berapa . " sini DK2 la awak ." errrrr ... aku pndang dia , dia pandang aku . " okai .. salah masuk kelasssss ! " yg lain2 pun mcm dah pandang2 . hahaha . k , cepat cepat aku kemas barang , terus cabut senyap2 ikut pintu belakang . nasib lect tak tegur apa pun . aku keluar , terus masuk DK sebelah . baru laaaaa nampak muka lect aku yg sebenar benarnya tuu dari atas . hahahaha . confirmmm ! takkan salah lagi dah ni . 

aku pun , dengan berhati hatinya tolak pintu belakang perlahan2 . ingat nak buat jalan jengkit jengkit laa kann nak elak lect aku nampak . hahaha . padahal pintu dia bukak sikit pun dah berkeriut keriuttt bisingnya . baru nak masuk , " HUSNA ! AWAK PERGI MANAAAAAAA ?! " great . haha . lect aku dari bawah dah melaung guna microphone . serentak semua budak2 dalam DK tuu pusing belakang . hadeiiiiiii . nak tknak kena mengaku jugak . "errr , sorry teacher . tadi salah masuk kelas . saya masuk DK sebelah. "  dannn , dengan bangganya semua orang gelakkan aku . dengan baju kurung aku basah sana sini , payung pun terbukak terbukak dengan basah lembabnya kat tangan aku , dengan tali beg dah terlorot lorot sikit , dengan fail berlambak lambak kat tangan , aku dah macam .... eeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ! hahaha . 

lepastu semua dah pandang2 . habis kelas , budak praktikum semua serbu . hahahaha . diorang pelik macamana aku boleh salah masuk kelas . padahal dah dekat 2 bulan jadual yg sama , tmpat yg sama . sebabnya ? tengahari masa aku tidur tuu , aku mmpi aku buka puasa . lepastu sedar2 je , mungkin terkilan semuatu hanyalah mimpi belaka , terus haru biru hari aku . ahahaha . 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...