Tuesday, November 30, 2010

Hukuman Kerana Selembar Air Mata :D





Diceritakan bahawa di Hari Akhirat kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili.

Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.

Tetapi ia berkeras membantah.
"Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,"
jawab malaikat.

Orang itu lalu menoleh ke kiri dan ke kanan, dan ke segenap penjuru.

Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.

Di situ hanya ada dia bersendirian.

Lalu ia pun menyanggah:
"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu,"
ujar malaikat.

Tiba-tiba matanya mula berbicara:
"Saya yang memandang."

Disusul oleh telinga:
"Saya yang mendengar."

Hidung pun tidak ketinggalan: "Saya yang mencium."

Bibir mengaku: "Saya yang merayu."

Lidah menambah: "Saya yang menghisap."

Tangan meneruskan: "Saya yang meraba dan meramas."

Kaki menyusul:
"Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu,"
ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat mempertahankan dirinya lagi.

Ia putus asa dan amat dukacita, sebab sebentar lagi dia bakal dihumbankan ke dalam jahannam.

Padahal, rasa-rasanya ia telah bebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya:
"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan",
kata malaikat.

"Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang sunyi, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya."

"Bukankah Nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? "

"Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga.

Sampai terdengar suara didengari oleh para penghuni syurga:
"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk ke syurga kerana pertolongan selembar bulu mata."

Wallahua'lam.

Saturday, November 27, 2010


Pilih corak di atas yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir

Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut. Mereka telah mengujinya di peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.



Jawapan:
Dah pilih?
Kalau boleh janganlah mengelat ye.
Pilih dulu baru baca review tau. Hehehe
(Pilihan no gambar dari kiri ke kanan)


1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain.
Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh.
Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik.
Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.



2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri.
Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah.
Kadang kala, desakan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.




3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert

Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai.
Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda.
Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.




4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni

Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit.
Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda.
Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan.
Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani.
Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk.
Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen.
Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.




5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri

Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib.
Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit.
Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu.
Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain.
Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.




6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif

Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati.
Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan.
Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri.
Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai.
Namun, anda bukan penyendi.
Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.




7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang

Anda suka hidup yang bebas dan spontan.
Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto:
"Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan.
Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat.
Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.




8- Romantis, Pelamun, Beremosi

Anda seorang yang sensitif.
Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja.
Perasaan anda membawa erti yang sama penting.
Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti.
Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.




9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri

Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama.
Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda.
Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen.
Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab.
Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.
amacam ? puas ati ? haha .

Friday, November 26, 2010

elakkan berkata KALAU :D

Hadith :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”

Riwayat Muslim




elakkan berkata kalau . sebab , pkataan tuh mcm kite x redha dgan takdir Allah .
kadang2 , kite slalu kate .

" kalau laa akuh x kenal dgan die , msti akuh x kan kcewe mcm nie . . "

" kalau laa akuh x pegi tempat tu , mesti aku xkan jatuh . . "

" kalau laa akuh x naek moto ngan dye , mesti akuh x kan eksiden . . "

spatutnye , kite kene kate . . Innalillahi wainna ilaihi roji'un . .

sehat adelah ujian , sakit adelah ujian , senang adelah ujian , susah adelah ujian , gembire adalah ujian , sedih adelah ujian , kaye adelah ujian , miskin adelah ujian , lapang adelah ujian , sempit adelah ujian .

redha dengan sgale yg dah dtentukan Allah S.W.T dan trime smua tu dgan lapang dade , dgan tabah n sabar :D

" cakap memang senang , kao x rase ape yg aku rase "

msti ade yg kate mcm tuh kan kan ? akuh pon same .

tapi , sbenanye x elok ckap mcm tu . kite nie sape nak ubah takdir Allah ? hebadd sgat ke kite nie sampai bole caba2 Allah . bole petikaikan semua yg Dia da tntukan ?

bedose . . ingat senang ke nak masuk syurga ?
kite bukannye mcam Rasul2 , bukan mcm Wali2 Allah . bukan mcam Pare Shabat . ujian dorang lagi besaa kalo nk bndingkan dgan kite yg ciputt , ceto'it ney .
kite nie mnusie biase . . ingat . semua yg blaku ade hkmahnye .

bhenti merungut .
bhenti mgeluh .
bhenti meraung .
bhenti melolong .
bhenti petikaikan takdir Allah S.W.T.

insyaallah :D

Wednesday, November 24, 2010

10 tnde llaki ney rumit . yeah ! :D



1. Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar ;P

haha . tak de laa sume laki camnie kan . crtain crtain jea :D

yg terase tuh . harap maaf . haha XD

ujian personaliti :D


ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini
Situasi:

Anda berada di dalam hutan

(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan

(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan.. tiba-tiba ternampak segugus kunci

(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.
pada fikiran anda..

(5) adakah rumah itu berpagar?
(
6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu.
pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.

(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...

(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]

Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.

(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman.

tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.

(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.

(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.

(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16)TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh daripada kuda.

Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?





Berikut adalah tafsiran:

(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi.
saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintuterbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) MejaBulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) PasuKosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
stgah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hatikepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...

Apa yang akan kamu lakukan?
Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.

(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.

(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...




.

haha . same laa :D

marriage life before n afta :D



Before marriage.
Darling here.. darling there...

After marriage.
Baling here... baling there..


Before marriage.
I die for you. . .

After marriage.
You die, up to you.

Lagi lama married.
You die I help you !



Before marriage.
You go anywhere. .
I follow you.

After marriage. .
You go anywhere. . up to you .

Lagi lama married.
You go anywhere, better u got lost!!


Before wedding
you are my heart,
you are my love'

After wedding
'you get on my nerves.


Before wedding
'you are sweet and kind just like Cinderella'

After wedding
'you are worse than godzila'


Before wedding
Roses are red, violets are blue.
Like it or not, I'm with you

After wedding
Roses are dead, I am blue.
You get on my head, I sue you!


Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La

After wedding
You want to go, he says you wait-la!


Before wedding
She looks like Anita Sarawak

After wedding
Don't know whether katak or pontianak !

:D

Sunday, November 21, 2010

haha . tibe tibe ?


apbile llaki buat sala .

llaki tuh msti minx maap .

da memg dye yg sala kan .

tapi kalao gurl tuh buat sala ?



haha . llaki tuh jugak yg kne mnx maap .

kalao akuh laa yg jadi llaki tuh .
da lame da akuh tmpeleng minah tu .
myusahkan idop aku je .

Friday, November 19, 2010

Gambaran Hari Kiamat .

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Monday, November 15, 2010

Cinta Tak Semestinya Memiliki

Bila kita jatuh cinta pada seseorang .
jangan menyeksa diri dengan menganggap cinta kita tidak diterima .

Cinta itu tak pernah ditolak kerana setiap insan memerlukan dan mginginkan dicintai .

wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu . bukan mengharap sesuatu sebab apa yg diberikan kerana cinta itu selalu datang pada hati kita saat itu juga .

kebahagiaan memberi adalah lebih sempurna daripada kebahagiaan kerana menerima .

tapi , lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai . keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada .

jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu .

jangan siakan beban yang berat mengharap mampu dipikul bahu .

keinginan memiliki mungkin tidak kesampaian .

tapi . percayalah pada diri .
selalunya . cinta yang kita berikan seadanya ,
takkan pernah bertepuk sebelah tangan . .

Friday, November 5, 2010

Bacalah jika anda ada masa untuk Allah S.W.T

Assalamualaikum saudaraku . .
bacalah sehingga habis .
saya hampir membuang email ini , namun saya telah diberi keberkatan oleh Allah untuk membaca email ini sehingga habis .
Allah ,
bila saya membaca email ini , saya fikir tidak ada masa untuk ini .
lebih lebih lagi diwaktu kerja .


kemudian , saya tersedar bahawa perkara seperti inilah yang membawa kepda pelabagai masalah di dunia .
kita cuba menyimpan Allah di dalam masjid pada hari jumaat .
mungkin malam jumaat . .
atau semasa solat maghrib sahaja ?
kita suka Allah semasa kita sakit .
kita suka Allah semasa kita menghdapi kesukaran .
kita suka Allah semasa kita menghadapi kesempitan .
dan sudah pasti kita suka Allah semasa hampir dengan kematian .
walaubagaimanapun ,
kita tidak suka Allah semasa kita bekerja , bermain , berchatting , bersms mahupun berdating .
kerana , kita merasakan diwaktu itu , kita mampu menguruskan diri sendiri tanpa mahu bergantung padaNya .



semoga Allah mengampuni dosaku kerana menyangka . .
bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu di mana Allah bukanlah yang paling utama dalam hidupku . nauzubillah .
kita sepatutnya sentiasa mengenang setiap nikmat dan rezeki yang telah diberikan kpda kita sebelum kita meminta dan kdg kdg kita x myangka akan mndapat nikmat dan rezeki yang mlimpah ruah seperti itu .
ya , aku cinta Allah .
dialah sumber kwujudanku dan penyelamatku .
Dialah yang menggerakku setiap detik dan setiap hari .


ini adalah ujian yang mudah .
anda hanya perlu membaca dan menghantar email ini kepada orang lain .
kalau anda benar mencintai Allah . anda tidak akan mmpunyai masalah untuk mengantar email ini .
hanya perlu memforwardkan .
cukup mudah .

susah . . senang . .
mengapa susah sgat myampaikan kebenaran ?
anda berasa mengantuk semasa berada di masjid tetapi kembali segar setelah habis ceramah .
hadiah istimewa yang pernah kita terima . .
solat adalah yang terbaik .
tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran yang lumayan .

Notes ;
tidakkah lucu apabila seseorang itu berkata bhawa aku beriman kepada Allah tetapi sentiasa mengikut syaitan ?
tidakkah lucu sekiranya anda mampu mengahntar email lain sebanyak yang anda mampu , tetapi berfikir 100 kali untuk mengantar email ini ?
tidakkah lucu apabila anda risaukan tanggapan orang lain terhadap anda melebihi tanggapan Allah terhadap anda ?
aku berdoa untuk semua yang membaca dan menghantar email ini supaya Allah akan sentiasa merahmati dan mmberkati anda

Thursday, November 4, 2010

kisah bulan , bintang dan matahari .



kenapa bulan dan matahari x dapat bertemu ?

sedangkan bulan dan bintang sahabat sejati ?


" cahaya bulan x dapat diramal . itu janji yang dipegangnya . ia juga x pernah

mengingatkan mahupun memberi awas-awas . ia hanya menerima cahaya matahari

dan memantulkan semula ke bumi " - Nur Rohayati Nengsih



1 hari , aku terdengar suara bintang berbual bual dengan bulan .

" aku xnak teman kau lagi mulai malam ni n sterusnye . "
"kenapa ?" tanya bulan .

"padahal aku sayangkan kao . aku suka malam malam bila kau ade dan teman akuh sampai fajar menjelang . "

tetapi bintang tersebut hanya diam meredup .



Disebabkan bulan sayangkan bintang laa bintang pergi tinggalkan die .

aku tawu hal tu sebab ade 1 lagi bintang lain iaitu kawan karibnye mengatakannye pade aku .



cinta memang aneh . bukanke cinta harus disatukan ?

bintang cintakan bulan .

tapi bulan x cintakan bintang .

bulan juz kate yang die sukekan bintang .

siape pulak yang beza beza kan cinta dengan suke ?

kenape bulan x bencikan die je ?

malah , bulan suka kan die sampaikan bintang x de alasan untuk x temankan bulan malam nti.

bintang yg sinarnya paling terang ialah bintang yg bwarna biru .



sebuah iklan tong gas yang selalu aku tengok kat tv pon slalu bangge banggekan

produknye yang mmiliki api biru .

bukanke bintang jugak macam api yang panas dan mmberikan sinar ?



bintang yg aku tengah ceritekan ialah bintang kecil yg bwarna merah .

sebab tu laa , bintang tu x pernah kumpulkan kberanian untuk bagitau bulan yg die cintekan bulan .

bulan sendiri x pernah anggap bintang mlebihi shabat yg slalu mnemaninye tiap tiap malam .



" aku cintakan matahari " kata bulan .

" matahari dapat buat aku bersinar sinar pade waktu malam .

Matahari selalu buat aku ditunggu oleh semua pencinta malam .

dia buatkan aku selalu dinanti oleh setiap pujangga yang menulis bait bait puisi tentang cinta .

hanye dengan melihat diriku di langit mlam .

budak budak kecik slalu tggu aku untuk bmain dilpangan di tgah kampung . "



bintang x abiz berfikir kenapa bulan cintakan matahari .

sedangkan bulan x pernah jumpe dengan matahari .

dan ketika mereka bertemu pun , bulan akan ilang sinarnya .



kita menyebutnya gerhana matahari .

mase tu , kite xbole tgok troz ke langit .

katanya boleh merosakkan mata kita .

matahri x pernah fikirkan bulan .

die juz berikan sinarnye tanpe membezakan .

lagipun die x tawu yg sinarnya dimanfaatkan oleh bulan untuk bersinar mase malam .

ia hanya menganggap bulan menghalangkan sinarnya untuk mberikan cahaya kepada bumi .



mungkin matahari cintakan bumi .

aku x pernah tahu sbb aku x pernah bcakap dengan matahari dan bumi dan aku memang x peduli .



bintang rasa tak mendapat keadilan .

kenapa bulan cintakan matahari yang x pernah pkikirkan bulan .

dan x cintakan bintang yg cintakan die spenuh hatinye .


bintang pon rase x bdaye sbb wakaupun die nak berikan seluruh cahayanya kepada bulan

agar bulan berchaya , bintang x dpat lakukan sebab jaraknya jaoh .



matahari pon bintang . bintang merah yang same dengan dirinye .

tapi matahri lebih terang daripade bintang .

tapi bintang bukan matahari . sebab tu bulan x cintakan die .


cinta memang pelik . sebab tu bintang kate kat semua kawan kawan die .

" aku x nak lagi temankan bintang mulai mlam nie " kemudian die menghilang dan bersembunyi . dan x pernah lagi temankan bulan .




aku akan bagitau korang 1 rahsie .

bintang tu adelah aku .

ia turun ke bumi sebagai bintang jatuh dan juga permintaan spasang kekasih

agar mereka bdua dpat hdup bhagia hgga ke akhir hayat .

ia kmudian jatuh ke dalah rumahku dan myusup ke dalam rahim ibuku dan mnjadi aku .


walaupun aku x nak temankan bulan .

tapi kdang kadang aku rindukan bulan .



dan aku akan melihat bulan dan mndengar ucapan alam semesta sambil berharap agar

1 hari nanti bulan akan dapat mencintai bintang .

jika hari itu tiba , aku akan terbang ke langit dan mnjadi bintang yang akan selalu menemani bulan .

Tuesday, November 2, 2010

Tanda tanda awal jatuh cinta .

hahah . arinie nak share tanda2 awal korangkorangkorang jatoh cinte .

untok owang yg ampir2 brade lam situasi nieh .

abez laa korang . hahah . bsiap sdie laa =)


1 . korang ade ramai kwan . tapi , dalam byakbyak kawan tuh . korang asyik ingat kat dea sorang je . dea sehat ke x ? dea tingatkan akuh x ? agakagak , dea tgah buat ape ea skarang nieh ?


2 . Korang gelisah kalau x dpat denga suare die . x dpat mcj ngan dye . korang jdi x bsemangat . hati korang x tenang . tapi , bile da denga suare dea . korang terus epi . sega . buga . fresh ! haha .




3. Mak oi , korang jelez bile dea cerita tntang kehenseman / kecantikan perempuan / lelaki yg dea jumpa . kdang kdang , korang kcik ati sbb si dea asyk cerita psal dieorg je .



4. mybe korang dpat jumpe dea skali je dlam sebulan . xpon . si dea jarang on9 . so , bile si dea suda on9 / korang da jumpe ngan si dea . korang rase macam dade korang nak mletop . haha . korang nak jerit , nak loncatloncat , sume ade laa . epi pye psal .


5. surat , air tin , botol kosong , kertas lame , bunge yang da layu . sume yg si dea bgi kat korang . korang smbat dlam almari ker , kotak ker , laci ker . asalkan org x nmpak . kalao ade tikus ker , lipas ke yang gigit sala satu pemberian si dea , mesti korang nak carik jugak minatang yg rosakkan brang brang si dea .

"memg mati laa minatang nieh akuh kjekan" HAHA . saba saba .



6. kdang2 . korang wat dajal kejap . haha . korang saje nak buat si dea jelez . biakan dea saket ati . walaupon mungkin si dea x saket ati n buat ta tao je . haha laz laz korang yg mkan ati . si dea x jelez pon ? eish ! HAHA .
knape korang nak bagi dea jelez ? enta laa . korg pon x tao . HAHA .


7. korang pecaye kat si dea . korang sedia jadi tempat dea becerite . marah . lepaskan geram . cerita kesah dahulu kale zaman air lio meleleh pon dea cite jugak . tapi korang x kesah . walaopon kdang2 bosan . korang still denga cerita dea .
SWEET !




8. bile family ker , kzen ker , kawankwan ker . n pape laa yg swaktu dgannye tanye korang
yg korang da ade yg bpunye ke ? tapi korang buatbuat x reti .
mane ade . merepek je korang nie "
padahal lam kpale da tbayang bayang da muke dea .
haha . x ley pakai betol . =)


9. hmmm . kdang kdang korang keliru ."knape dea baek sgat dgan akuh ?
kitorang kan kawan biase je . alaa . x lebeh pon . teman tapi mesre "
tapi knape korang still rase smacam je ? haha .
dala wei . ngaku je korang da suke kat dea .
malu malu tapi MAU ! haha .


10. korang rase smacam . asyik asyik pike psal dea . mcm x de muke laen . dade korang rase mcm nak kebaboo je . haha . korang tak suke rase mcm tuh . korang cube nafikan prasaan sndri . lpas tuh syom sorang sorang . tringat dea . ececeh . gataii ! haha



korang tao . mgikut survey , mnde mnde nie sbahagian dpde tnde2 awal korang da jatoh cinte .haha . jgan segan segan . mcam x biase pulakk =) kalau perempuan , malu laa . mcm sampan carik pendayung sampan . haha . tapi lek laa . sume ade care tsendri . kan kan ? =)


gud luck sumee =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...