Monday, December 24, 2012

ratapan anak kandung . haha !



muka sayu . hati pilu . putus cinta ? kasih terhenti sekerat jalan ? break up ? break down ? break off ? break in ? breakdance ? ehh . over . haha . nak jadi cerita . flashback please ~

aku dah janji dengan member aku sorang nak mintak kerja harini . pheww . muka bersemangat gila . ada 2 tempat nak pergi . 1 , jadi cashier kat AA (bukan nama sebenar) , 2 kat hotel BB (bukan nama sebenar jugak) . muka memang confident habis akan dapat kerja cashier . berlagakk wey . ptuiihh . hahahaha ! tengah syok isi borang , ttiba kena isik gaji yg kita nak .

hurmmm *urut urut dagu* tanduk2 durjana semua keluar dahh . haha . aku pandang kiri kanan , orang sibuk lalu lalang . pandang depan , akak jaga kaunter tuu sibuk buat kerja dia , dalam hati aku dah tersenyum girang mcm kanak kanak ribena warna purple yg teloncat sana sini dari new zealand bagai . gaji setinggi tinggi alam tak sesuwaiiii langsung dgan kerja cashier aku letak . mula mula rasa macam .. perghh , masyuk gila tiap2 bulan dapat gaji mcm ni . tak lama lagi boleh pergi honeymoon ni . hahaha .

selesai apa semua , aku pun dah serah balik borang tu kat akak tadi , aku blah . otw nak balik tuu , kepohh gila cerita kat En. Razak saya yg tercinta pasal gaji . sekaliii bapak aku pusing daaaa . dia tanya balik , gaji banyak tuu ? banyak tuu ?? aku pun kasik jatuh itu kepala la . " macam melampau lampau je .. " hahhhh . amek kau .

terus rasa mcam .. lepasni , mesti org tuu taknak call aku langsung . belum kerja lagi , demand dah tggi2 . elaun pun aku letak banyak tauuu . hahahhaa ! mesti aku tak dapat niii . . sebab down punya pasal , aku malas nak mintak kat hotel BB T.T

balik tu , bila cerita kat Pn . Ina yang tersayang , mak aku lagi kasik aku down . selamba je cakap aku takkan dapat kerja tu . sobb sobb . mana aku tau . aku tak pernah kerja pulak sebelum ni . lain kali cakap laa awal2 . kalau cashier , gaji sekian sekian . idokk lerr aku letak gaji tinggi2 kalau dah tahu . masa kat ruang tamu ..

ayah : agak2 dapat tak kerja tu ?
aku : kalau tak dapat , mintak kat hotel BB pulak lah .
ayah : haa , elok laa . letak gaji 3 4 ribu pulak . nanti boleh kena reject lagi .

................. erkkkk!  huwarghhhhhhh . sampainyaaaa hatiiiii .

Monday, June 4, 2012

kepada bf anak aku . hoho










Kepada Bf anak aku,

Peraturan 1:

Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar.. Sebab ko takkan ambik apa-apa atau sesiapa.


Peraturan 2:

Jangan ko pegang-pegang anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku.. Aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..


Peraturan 3:

Biasalah, kalau ko nak berkenalan lebih baik dengan aku ni sebagai calon bapak mertua ko.. Ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmau dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak bualkan : Bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”


Peraturan 4:

Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej / universiti ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut.. Aku takde hal ngan kelebihan ko tu.. Selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko.

Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai-pandai cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.


Peraturan 5:

Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar.

Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong ler wat apa yang patut, cam basuh kereta aku atau cat pagar rumah aku ni.


Peraturan 6:

Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy-spy aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka.

Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main-main dengan aku.


Peraturan 7:

Ko patut takut ngan aku ni.. Kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat lagi peristiwa Bukit Kepong. Sampai sekarang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman , aku nak tembak.. Aku ingatkan komunis.

Nanti dah habis dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua-dua tangan ko tinggi-tinggi. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.


Yang ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.





haha , dapat mende ni dpada blog Kak Emeliena :) terbaik laa mende ni . hoho

Saturday, June 2, 2012

buntut buntut . haha

aku kelua tadi . beli barang2 dgan parents aku . tengah onthewayy ni , tetibe zie text .



zie : unaaaaaa , on twitter jap .

aku : ehh ,, aku kat lua nii . takde kat rumah . apahal ?

zie : alaaa , on laa kejap . jap jee .

aku : kau gila ke apa ? aku kat lua ni . kalau ada wifi kat sini oke laa jugak . tpi kau nak suruh aku online guna apa ? fon baling kat dinding punn tak mati ni ? * i guna fon torch jee . sedehh . haha :) *

zie : alaaa , dah tuu selama ni kau online guna apa ?

aku : buntut ayam .

zie : .........................



okay , terus dia senyap . hahaha xD agak laa kot nak suruh aku online time tu . haha . 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...